Saturday, June 20, 2009

:: tahniah & takziah??:

hari lahir hari gembira
hari kahwin hari bahagia
hari mati hari mulia




selamat pengantin baru buat kak amalina & syahid,kini kalian berdua sedang melangkah ke alam baru,yakni alam rumahtangga...benarlah kata pepatah hari kahwin hari bahgia...dalam pada berbahagia, aku ada teman juga seorang gembira pada awalnya dulu ,namun berduka seketika sebelum bangkit dari kekecewaan ikatan murni dulu...ah itu cerita lama...kadang-kadang cerita-cerita orang dan juga melihat penderitaan orang membuat aku rasa simpati lantas mencampak aku juga mahu merasai kesedihan mereka.tapi aku sebenarnya takut walaupun aku tahu kebenarannya..tapi pesan sahabat

" berkahwin itu adalah sunnah Rasulullah..penting bagi kita meneruskan zuriat keturunan yang akan menegak dan menyebarkan islam.tanggungjawab anak lelaki pada ibu bapa dan keluarga.tanggungjawab perempuan adalah pada suami dan anak2.Wanita kena faham.Wanita marah sebab kata tak adil...tapi hikmahnya..Allah balas pengorbanan perempuan dengan anak yang wajib dan taat 3x ganda kepada inu sebelum taat pada bapa"

.....beberapa minit, aku dapat tahu ibu pada sahabat meninggal dunia..innalillahi waiinailaihi rojiuun...pada Allah kita datang dan kepada jualah kita dikembalikan...alangkah singkat hidup ini..lahir,berumahtangga dan meninggal...pada sahabatku,bersabarlah menerima dugaan ini..biarlah arwah ibu kalian semadi sepertinya sepohon pokok yang menyenangkan hati tuannya selama ia hidup.Kita ini hanyalah buah yang bergantung kepadanya.Bila ia mati maka gugurlah kita.Tapi,bila kita gugur janganlah pula hanya gugur untuk menjadi hancur.Biar kita menjadi buah yang gugur bersama benih yang baru yang akan tumbuh menjadi pokok yang baru.Kerana yang menghidupkan sebiji buah bukanlah pokoknya.Tetapi yang empunya adalah Allah S.W.T jua.

hari lahir disambut bang
hari mati di sambut malaikat
antara azan dengan sembahyang
wahai hidup alangkah singkat

0 comments:

 
:: musafir ini :: - © 2007 Template feito por Templates para Você